Oleh Nuri Angkasa SELAMA beberapa bulan Alang Darwes tidak berhasrat lagi untuk turun memancing terutama di sungai sama ada di lubuk mahu pun tebing sungai. Semua ini gara-gara sudah tiga kali beliau karam ketika memancing udang galah dan berdepan dengan sang bedal yang bermata merah tetapi tidak mengusiknya. SELAMA beberapa bulan Alang Darwes tidak berhasrat lagi untuk turun memancing terutama di sungai sama ada di lubuk mahu pun tebing sungai. Semua ini gara-gara sudah tiga kali beliau karam ketika memancing udang galah dan berdepan dengan sang bedal yang bermata merah tetapi tidak mengusiknya. Ketakutan itu masih dirasai dan terus menghantui. Perasaan itu lebih jauh mencengkam dalam dirinya apabila melihat air sungai serta ketenangan lubuk yang banyak dihuni oleh udang galah bersepit biru. Walau pun Darwes adalah anak sulung kepada arwah Tok Itam yang juga pawang buaya namun ilmu itu tidak diwarisi oleh beliau atau sesiapa pun. Ini kerana Alang Darwes beranggapan beliau t...