Langsung ke konten utama

Postingan

Menampilkan postingan dengan label Automotive

M3GPS X5 SE – Sistem GPS Papago

Anda tercari-cari sistem navigasi GPS untuk dipasangkan pada kereta idaman? Dalam artikel kali ini, tim Autoviq diberikan peluang untuk mengulas sedikit sebanyak mengenai sistem GPS yang diberi nama M3GPS X5 SE (Special Edition) . Ciri-ciri M3GPS X5 SE Antara ciri-ciri dan teknologi yang akan dapat dirasai oleh pengguna sistem ini adalah seperti: Sistem GPS Papago (Antara sistem GPS yang terbaik di Malaysia dan seluruh Asia). Menyokong SD Card dan GPS Card. Mempunyai kabel mini USB dan USB 2.0. Menyokong sistem Bluetooth. Menyokong format MP3, CD, DVD dan lain-lain format lagu serta video. Gambar rajah di atas adalah paparan menu sebaik sahaja kita bertindak untuk menggunakan  M3GPS X5 SE. Reka bentuk grafik untuk paparan menu ini kelihatan agak simpel dan terlalu fancy jika dibandingkan dengan sistem GPS lain.   Penggunaan sistem navigasi GPS yang sangat membantu. Papago menyediakan maklumat tentang setiap laluan yang ada di sekitar kawasan Kuala Lumpur dengan baik sekali....

Proton Evolusi G – Kereta Proton Berbentuk Lamborghini

    Seperti yang kita sedia maklum, pihak proton baru sahaja mengeluarkan kereta terbarunya iaitu Proton Preve. Kini terdapat lagi sebuah kereta tetapi bukan untuk dipasarkan. Kereta ini dikenali sebagai Proton Evolusi G yang mana rekaannyaberbentuk seperti kereta Lamborghini. Dikatakan kereta ini juga diubah suai dari model Proton Gen-2 dan menelan kos sebanyak RM8000 sahaja. Memang menarik dan kreatif. Seperti super car lamborghini.  Jom lihat lagi gambar Proton Evolusi G di bawah:     sumber

Ford EcoSport: Penjelajah Urban Versatil

          Jika diperhatikan dengan lebih mendalam populariti segmen kenderaan bandar tidak terhad kepada motosikal atau kereta sahaja bahkan ianya turut merangkumi SUV kecil. Vakum segmen tersebut terjadi apabila Perodua sudah menghentikan model Kembara. Sebelum itu, segmen tersebut didominasi oleh Daihatsu Feroza, Suzuki Vitara dan Jimny. Pada suatu ketika, Vitara dan Feroza begitu popular hingga mempunyai pengikutnya yang tersendiri, begitu juga dengan Jimny yang masih lagi diburu oleh pembeli menyebabkan harganya tidak jatuh-jatuh. Memandu sebuah SUV bandar adalah suatu yang menyeronokkan dengan sifat fizikalnya yang tinggi dan rugged. Entah kenapa kebanyakan pengeluar masih tidak nampak atau sengaja meninggalkan segmen itu. Walau bagaimanapun, ruang kosong yang lama ditinggalkan itu bakal diisi kembali oleh Ford melalui model SUV bandar yang baharu iaitu EcoSport.     Sejarah EcoSport bermula apabila ianya pertama kali diperkenalkan di Am...

Kuasa Sebenar Nissan 4×4 Diuji!

  Miri, 28 Mei 2013 – Edaran Tan Chong Motor (ETCM) telah menganjurkan Nissan Jurassix Park 2013, satu pengembaraan 4×4 mengujakan yang diadakan di Miri, Sarawak, pada 24 – 26 Mei 2013. Acara ini terbuka kepada semua pelanggan Nissan di Malaysia Timur, terutama mereka yang memiliki model 4×4 seperti Nissan Navara, Frontier dan X-Trail. Seramai 78 orang peserta menyertai cabaran laluan off-road ini yang menyaksikan sebanyak 35 unit kenderaan 4×4 mengharung laluan berbonggol dan berlumpur. Ini merupakan kali pertama acara Nissan Jurassix diadakan di Malaysia Timur. Para peserta berpeluang untuk meneroka prestasi jentera 4×4 mereka. ETCM telah menganjurkan program sama di Semenanjung Malaysia sejak tahun 2004. Acara di Miri merupakan program keenam sejak ia mula-mula dianjurkan.     Pada hari pertama dan ketiga dalam program yang berlangsung selama tiga hari itu, orang ramai berpeluang untuk merasai pengalaman memandu Nissan Navara 4×4 di laluan yang disediakan. Bagi kebany...

Harga runtuh Honda Jazz

Roslan (kiri) dan Ueno pada majlis pelancaran Honda Jazz CKD di Petaling Jaya, semalam. - Foto Amirudin Sahib Honda Malaysia Sdn Bhd semalam melancarkan Honda Jazz enjin petrol pemasangan tempatan (CKD) yang ditawarkan pada harga kira-kira RM25,000 lebih rendah berbanding model import sepenuhnya (CBU) yang ditawarkannya sebelum ini. Honda Jazz CKD itu ditawarkannya pada harga atas jalan RM74,800 seunit berbanding hampir RM100,000 bagi model CBU sebelumnya. Pengarah Urusan dan Ketua Eksekutif Honda Malaysia, Yoichiro Ueno, berkata Jazz enjin petrol CKD itu adalah model pertama dalam sejarah Honda Malaysia sejak ia ditubuhkan pada 2000, dijual pada harga di bawah RM75,000, sekali gus dijangka mampu menarik minat pasaran yang lebih meluas termasuk graduan dan eksekutif muda. Tingkat daya saing Beliau berkata, pengeluaran model Jazz enjin petrol CKD itu sejajar dengan hala tuju global Hon...