Jika di Malaysia orang-orang kampung yang tinggal berdekatan sawah akan menangkap ikan menggunakan alat khas yang dipanggil sebagai bubu. Kemeriahan musim menangkap ikan sawah tidak dapat disangkal lagi kerana kadang-kadang ianya menjadi satu pesta kepada orang-orang kampung. Kini, jika di negeri Kedah teknik menangkap ikan sawah turut diperkenalkan kepada kepada para pelancong luar.
Paparan berikut adalah mengenai ritual pelik masyarakat orang Asli Afrika ketika menangkap ikan. Jom ikuti kisahnya…
Sekali setahun perairan suci Tasik Antogo di Mali dibuka kepada para nelayan. Ribuan nelayan berbaris di sekeliling tasik tersebut. Ketika itu, ribuan nelayan akan beratur untuk menangkap ikan di Tasik Antogo di Mali.
Meriah… sedia untuk memulakan acara menangkap ikan
Sejurus selepas letupan dari pistol dibunyikan sebagai permulaan, mereka akan menyerbu secara tergesa-gesa untuk ke bahagian tengah tasik. Seluruh tasik dipenuhi dengan para nelayan dan ketika itu, ikan-ikan benar-benar tidak lagi selamat!.
Untuk pengetahuan semua, tasik yang dikatakan suci ini hanya terbuka untuk sekali setahun untuk para nelayan tersebut.
Gembira walaupun disaluti lumpur
Benua Afrika sememangnya terkenal dengan suasana yang beraneka ragam bagi pelbagai jenis tradisi yang sudah dijalankan ratusan tahun yang lalu. Begitu juga dengan ritual unik satu ini.
Ritual unik atau pelik ini dipanggil sebagai Antogo di mana para nelayan hanya berpeluang menangkap ikan-ikan di tasik tersebut hanya setahun sekali bagi menjaga kesuciannya. Danau kecil ini juga dianggap menakutkan bagi sesetengah masyarakat.
Dikatakan pada masa dahulu lokasi tasik itu merupakan sebuah kawasan hutan hijau dan subur. Danau, yang dianggap suci dipenuhi oleh ikan yang memberikan rezeki melimpah kepada para penduduk setempat. Namun, dek kerana perubahan iklim dan perubahan masa maka kawasan ini secara berperingkat telah menjadi kering kontang serta tidak lagi subur.
Penduduk tekun menangkap ikan di tasik
Oleh yang demikian, para penduduk setempat kini menghadapi masalah besar kerana kekurangan bekalan air. Namun, pada mereka danau tersebut masih merupakan sumber air yang amat berharga bak emas berlian.
Acara Antogo diadakan pada bulan ke-6 setiap musim kemarau, umumnya sekitar bulan Mei. Namun begitu, tarikh yang tepat akan ditentukan oleh ketua adat.
Sebagai menandakan tarikh menangkap ikan semakin hampir, maka sebatang tongkat akan dipacakkan di tengah-tengah tasik tersebut bagi memberitahu kepada masyarakat di situ tentang acara yang semakin dekat.
Seterusnya, pada hari yang akhirnya ditetapkan sebagai hari Antogo, maka keluarkan ratusan orang berkumpul di sekitar danau Bamba itu. 3 kelompok terbesar yang dibentuk oleh keluarga yang paling dihormati dari berbagai penduduk kampung kuno Dogon.
Kelompok dari kampung Bamba sendiri biasanya yang terbesar. Beberapa kelompok orang akan membacakan mantera dan pujian bagi dewa mereka. Setelah mereka selesai membaca mantera, menandakan Antogo dimulai.
Masing-masing bersedia dengan bubu untuk menangkap ikan
Masyarakat di situ lebih selesa untuk memilih tinggal di sekitar batu, bukit-bukit dan kawasan-kawasan sunyi iaitu jauh dari sungai Niger yang digeruni.
Namun untuk festival Antogo, semua ketakutan diketepikan dan orang-orang melompat tepat ke dalam air untuk mendapatkan ikan-ikan di dalam tasik tersebut.
Pesta ini sememangnya meriah tetapi jika di tempat kita jampi mantera tidak lah dilakukan kerana ianya syirik. Jom tangkap ikan…!
Credit:Sumber
Komentar
Posting Komentar