Jika di Malaysia orang-orang kampung yang tinggal berdekatan sawah akan menangkap ikan menggunakan alat khas yang dipanggil sebagai bubu. Kemeriahan musim menangkap ikan sawah tidak dapat disangkal lagi kerana kadang-kadang ianya menjadi satu pesta kepada orang-orang kampung. Kini, jika di negeri Kedah teknik menangkap ikan sawah turut diperkenalkan kepada kepada para pelancong luar. Paparan berikut adalah mengenai ritual pelik masyarakat orang Asli Afrika ketika menangkap ikan. Jom ikuti kisahnya… Sekali setahun perairan suci Tasik Antogo di Mali dibuka kepada para nelayan. Ribuan nelayan berbaris di sekeliling tasik tersebut. Ketika itu, ribuan nelayan akan beratur untuk menangkap ikan di Tasik Antogo di Mali. Meriah… sedia untuk memulakan acara menangkap ikan Sejurus selepas letupan dari pistol dibunyikan sebagai permulaan, mereka akan menyerbu secara tergesa-gesa untuk ke bahagian tengah tasik. Seluruh tasik dipenuhi dengan para ...