Langsung ke konten utama

Sungai Buntu lubuk ikan

 
Sungai Buntu Laluan ke jeti di Sungai Buntu yang masih dipenuhi dengan pokok bakau.
 
PONTIAN - Tidak ramai  mengetahui kawasan tepi laut di Sungai Buntu adalah tarikan kaki pancing kerana lokasinya yang unik diseliputi hutan paya bakau.

Kawasan yang mempunyai sebuah jeti nelayan itu juga  adalah lubuk ikan seperti  sembilang dan belukang  namun tidak diketahui  ramai kerana ketiadaan  lorong pejalan kaki ke kawasan jeti tersebut.

Salah seorang penduduk, Daim Minal, 50, berkata,  kawasan tepi laut Sungai Buntu mempunyai keindahan semula jadi yang cukup menarik  kerana pokok bakau yang banyak selain kedudukannya yang terletak berhampiran dengan Pulau Kukup.

“Keindahan alam semula jadi di sini masih lagi  belum terusik dan orang ramai  boleh melihat Pulau Kukup  dengan lebih dekat dari jeti  nelayan di sini.

“Tetapi, ramai yang masih belum mengetahuinya, memandangkan tiada laluan pejalan kaki selain tiada papan tanda,” katanya.

Menurutnya, penduduk tempatan terutamanya dari Kampung Sungai Buntu, sering menjadikan lokasi tersebut sebagai tempat memancing.

Jelasnya, terdapat kira-kira 10 bot nelayan kecil yang  dimiliki penduduk di sini,   diletakkan di jeti tersebut.

“Kawasan di sini amat cantik dan sesuai dibangunkan  sebagai destinasi pelancongan memandangkan Pontian amat dikenali sebagai lokasi pilihan kaki pancing dan mempunyai banyak kawasan hutan bakau,” katanya.

Justeru, dia yang juga Ketua Umno Cawangan Sungai Buntu berharap pihak berkenaan dapat membina laluan pejalan kaki di sini.

Sementara itu, bagi Mohammad Abdul Ghani, 50, berkata, kawasan laut di sepanjang  kawasan Sungai Buntu digemai  kaki pancing.

Menurutnya, penduduk setempat akan mengadakan pertandingan atau Jom Ngedik ketika musim ikan belukang dan sembilang iaitu pada  akhir tahun.

“Dengan adanya laluan pejalan kaki ia memudahkan penduduk untuk ke jeti kerana kini mereka terpaksa melalui jalan yang becak,” katanya.


Sumber

Komentar

Postingan populer dari blog ini

2016 GAME OF THE YEAR

2016 Game of the Year - from media outlets *  Video Game Awards Only  - The Video Game includes Console games, PC games, Handheld games, and Indie games, but not Mac games, Kids games, Free games, etc. *  Professional Awards Only  - The Media include Sites, Magazines, Newspapers, Publications, Broadcastings, but not Blogs have a staff of one. *  All-Format GOTY Awards Only  - But a single GOTY pick must be a single title, except for a tie. * In release order. * More details are  here . Stuff Gadget Awards (UK) : Uncharted 4: A Thief's End Trusted Reviews (UK) : Overwatch Golden Joystick Awards (UK) : Dark Souls III Golden Joystick Awards Critics Choice (UK) : Titanfall 2 HLN.be / De Morgen (BE) : Dishonored 2 Premios Xataka (ES) : Uncharted 4: A Thief's End EE Pocket-lint Gadget Awards (UK) : Uncharted 4: A Thief's End Game-Debate Global Game Awards (UK) : Battlefield 1 Editorial Prensa Ibérica (ES) : Overwatch TIME (US) : The Witness Fun & Serious Game Festiv

Bermain War And Order ( WAO )

Bermain War And Order (WAO) , War and Order atau  WAO adalah game strategi dimana anda mengelola sebuah kota, meningkatkan level bangunan di dalam kota anda, meningkatkan prajurit terkuat untuk menyerang kota lain,  menghancurkan atau menjarah sumber daya yang di milik kota lain dan bertahan dari serangan kota lain. Sebelum membahas cara cepat bermain war and order dan cara cepat menaikan lever war and order. Sedikit curhat dari saya perkenalan pertama dengan War And Order, berawal dari rasa sedih saya yang bercampur marah, kecewa, kzl kalo kata kids jaman now, dan apalah itu yang bercampur aduk dikarenakan game kesayangan saya yaitu Clash Of Clans (COC) tidak bisa dimainkan karena di banned secara sepihak oleh Supercell tanpa ada peringatan sebelumnya. Sudah level tinggi dan ada tiga akun pula yang harus di relakan. Apalah daya saya hanya bisa pasrah dengan hati menggondok :-D, Tanpa banyak cangcingcong  saya banned juga itu COC dari hp yang cuman satu-satunya yang sudah butut ini. Da

Minyak belangkas pembuka selera ikan

  Oleh Zulhilmi Hat Photo Credit:  Minyak Belangkas KITA sering mendengar mengenai keenakan telur belangkas terutama dibakar. Kalau anda ingin merasainya boleh mengunjungi beberapa gerai yang disediakan peniaga di Perkampungan Portugis di Bandar Hilir, Melaka. KITA sering mendengar mengenai keenakan telur belangkas terutama dibakar. Kalau anda ingin merasainya boleh mengunjungi beberapa gerai yang disediakan peniaga di Perkampungan Portugis di Bandar Hilir, Melaka. Bagaimanapun, petua atau tips kali ini bukanlah ingin membincang mengenai telur atau darah belangkas yang sudah dikomersialkan, sebaliknya minyak yang dihasilkannya. Apabila ditanak belangkas akan mengeluarkan minyak berwarna hitam atau kekuningan. Beberapa titik minyak berbau seakan minyak tar itu apabila digaul dengan dedak dinding atau dedak ayam dipercayai menaikkan aroma hingga membuka selera patin, rohu, jelawat dan lampam. Ini dibuktikan sekumpulan kaki pancing sekitar Lembah Klang ketika memancing di kolam